Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

Minyak zaitun merupakan minyak yang berasal dari timur tengah. Minyak yang juga dikenal dengan sebutan olive oil sudah sejak lama dipercaya mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit. Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan yang sudah banyak diketahui oleh masyarakat secara umum antara lain dapat digunakan sebagai pembersihan sel kulit mati, melembapkan dan menjaga keanjalan kulit, menghilangkan stretch mark, membantu mempercepatkan pertumbuhan semula sel baru, melicinkan kulit, menghilangkan bekas luka, dan masih banyak lagi manfaat yang terkandung dalam minyak zaitun, sehingga kandungan minyak zaitun ini juga digunakan sebagai campuran bahan produk kecantikan. Selain untuk kecantikan tahukah anda bahawa minyak zaitun juga mempunyai manfaat bagi kesihatan tubuh anda?
Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan
Manfaat Minyak Zaitun

Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

Dalam bidang kesihatan, minyak zaitun biasa digunakan sebagai bahan tambahan makanan yang dimakan sehari-hari. Selain itu minyak zaitun juga dimanfaatkan sebagai pengganti minyak goreng kelapa sawit kerana minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu, yang boleh mengawal kolesterol jahat pada tubuh, sehingga kesihatan jantung tetap terjaga. Minyak zaitun juga mempunyai kandungan antioksidan yang cukup tinggi, sehingga dapat mencegah pertumbuhan sel kanser serta mengurangkan risiko diserang penyakit ganas ini.

Selain perkara yang telah disebutkan diatas, masih banyak manfaat minyak zaitun yang telah diuji secara ilmiah, diantaranya adalah dijumpai kompaun hidroksitirosol yang sangat baik untuk mengimbangi kadar gula dalam tubuh, dapat menjaga kesihatan usus dan mengurangkan risiko kerosakan jaringan usus, kerana mengandungi zat oleuropein aglycone yang dapat menjaga bekalan darah ke usus. Selain itu minyak zaitun juga boleh digunakan untuk mengatasi radang sendi dan mencegah pereputan tulang.

Selain boleh digunakan untuk penyembuhan dan penjagaan kesihatan, minyak zaitun ini boleh digunakan untuk merelaksasikan fikiran dan melancarkan aliran darah ketika dipakai untuk memijit. Manfaat minyak zaitun yang sangat berbeza-beza inilah yang menjadi alasan ibu rumah tangga tetap membelinya walaupun harganya agak tinggi. Mencegah tentu lebih baik dari mengubati bukan? Sekian penjelasan kami, semoga bermanfaat untuk anda